RUMAH ONA

Rumah kucing pertama yang di bina sendiri adalah menggunakan kayu 1inch x 1 inch, kayu playwood, kepingan zink dan jaring BRC yang lembut.  Kos lebih kurang RM 300.

Saiz 4' X 6' dan beroda, khas untuk kucing kesayangan kami yang dibawa khas dari Sarawak.... ONAODO... ok la.. rasa bangga jugak la. Makan masa 4 hari nak siapkan termasuk malam.  Masa tu tahun 2007..

Masa siap.. Tetapi....... yang sedihnya ONA merasa sekejab je.. kerana ONA menghilang tanpa khabar berita. Khabar berita jiran-jiran ONA digigit anjing.  Seterusnya rumah tersebut diguna khas untuk anak-anak kucing yang baru lahir termasuk ibunya..

Agak selesa juga kerana ada 4 tingkat.  Sesuai bagi kucing besar juga.  Tetapi sekarang tahun 2014, dah hancur.  Sempat tahan sehingga tahun 2009 je.. tu pun sebab letak bawah bumbung.

Dari situlah bermulanya minat nak mencipta rumah kucing, terutama rumah kucing yang dapat memenuhi keperluan tuan kucing dan kucingnya.


Alangkah seronoknya rasa bila tuan kucing berkata " Alhamdulillah tercapai juga hajat memiliki rumah kucing yang cantik ni".  Bertambah gembira apabila rumah kucing tersebut dapat memberi perlindungan kepada kucing kesayangan dan dalam masa yang sama menjadi daya tarikan lanskap rumah.

Ramai juga yang kata " Umang aii.. rumah untuk kucing pun beribu-ribu.. ngalahkan rumah orang".. tapi jarang didengari " mak aii.. mahalnya gazebo tu.. ngalahkan rumah.." sebabnya orang dah biasa dengar Gazebo, pergola, buaian, dan hasil seni reka kayu yang lain..

..Dan kalau diikutkan sebenarnya gazebo rumah kucing Kucingshoppe boleh dikatakan murah bagi menggantikan gazebo atau pergola di laman rumah.  Dan apa yang penting bahan yang digunakan adalah tahan kepada cuaca dan lasak.

Kerana kami membantu anda untuk memenuhi keperluan kucing anda dan anda sendiri.


Kucingshoppe dalam proses menyiapkan rumah kucing DIY seperti rumah kucing pertama untuk ONAODO... dan setelah siap nanti Kucingshoppe akan berkongsi dengan anda beserta dengan gambarajah.

No comments:

Post a Comment