Tahukah anda bahawa kucing anda hendak bercakap kepada anda, tetapi anda buat tak tahu. Biasanya anda nampak comel je kucing anda dan cubalah belajar bahasa badan mereka. Anda tahu apa yang kucing anda perlukan.
Bahasa kucing berdasarkan kepada muka.
- Telinga naik ke atas dan mengarah ke hadapan : Sedang bersedia dalam keadaan yang meragukan.
- Telinga ke depan dan sedikit ke luar: Sedang dalam keadaan selesa tetapi keadaan berjaga-jaga.
- Telinga ke atas dan mengarah ke belakang: Sedang dalam keadaan marah, yakin dan bersedia untuk bertindak.
- Telinga ditarik kebelakang, bertentangan dengan kepala : Dalam keadaan mempertahankan diri.
- Telinga ke bawah dan ke tepi : Bermaksud tunduk dan patuh.
- Mata berkelip secara perlahan-lahan : Dalam keadaan releks, damai dan tenang.
- Anak mata hitam membesar : Sedang ketakutan atau marah dan ketakutan atau gembira.
- Anak mata mengecil : Sangat yakin dan keadaan berjaga-jaga.
- Misai ke hadapan : Sedang dalam keadaan sangat berminat.
- Misai ke belakang : Sedang dalam keadaan cemas atau ketakutan.
No comments:
Post a Comment