Anda perlu tahu dan mengenali sifat dan tingkah laku kucing
sebelum anda menjadikannya sebagai keluarga angkat anda di rumah.
Kucing adalah jenis karnivor, dan merupakan spesis atau
keluarga yang sama seperti harimau dan singa.
Bezanya adalah dari segi saiznya dan ia lebih manja berbanding spesis
keluarganya yang lain.
Kucing merupakan pemburu yang cekap memburu mangsanya dan
tidak hairanlah ianya dikategorikan sebagai predator kerana ia memburu
mangsanya yang terdiri daripada kebiasaannya haiwan pemusnah seperti tikus,
lipas, cicak dan ular.
Secara umumnya anda boleh mengenali jantina bagi kucing
iaitu melalui warna bulu dan rangka badannya.
Kebiasaannya kucing yang mempunyai bulu yang bewarna 1 atau 2 tona warna
adalah kucing jantan. Kucing betina pula
kebiasaannya mempunyai 3 tona warna.
Warna pada bulu kucing menentukan ianya
sama ada ianya kategori telon atau calico, tortoiseshell, tabby, maltese
dan bicolor.
Sifat territories kucing menjadikan ianya haiwan yang
mempunyai daerah kawasanya sendiri.
Kucing jantan biasanya akan membuat batu sempadan daerah teritorinya
melalui urinnya. Oleh itu Pemilik perlu
tahu bahawa kucing jantan yang tidak dimandulkan akan melepaskan urinnya
ditempat-tempat yang dirasakan adalah daerah yang dikuasainya.
Kehangatan menjadi dambaan kepada kebanyakan kucing.
Kebanyakan kucing suka dengan kehangatan cahaya matahari dan akan
berguling-guling di atas pasir. Selain
itu jika anda menyediakan tempat yang luas untuk tempat tidurnya, ia akan memilih
tempat yang lebih sempit, bagi mengekalkan suhu badannya.
Kucing anda boleh melihat dalam keadaan cahaya yang amat
terang. Tetapi apabila sedikit cahaya
peranan tadi diambil alih oleh misainya.
Misainya akan mengesan arah dan pergerakan persekitarannya. Oleh itu pastikan anda tidak memotong misai
kucing anda. Kerana jika itu berlaku,
kemungkinan kucing anda tidak menemui jalan pulang apabila ia bergerak pada
waktu malam dan menjadikan dirinya dalam keadaan yang bahaya.
Bersambung….
No comments:
Post a Comment