Tip 1 : Membawa
kucing menjadi ahli keluarga.
Orang dulu-dulu kata, kalau orang yang suka kepada kucing
adalah seorang yang romantik dan baik hati.
Oleh itu ramai yang suka dengan kucing fan ramai juga yang tidak suka.
Tetapi tak perlu gaduh-gaduh tentang suka atau tidak suka
ni. Tetapi yang biasamenjadi masalah
atau isu adalah dalam satu rumah,a ada2 golongan ini suka dan tidak suka..
Golongan yangsuka mungkin rasa kucing comel dan golongan
yangtidak suka mungkin menganggap kucing tu comel juga Cuma mungkin geli, remeh
untuk menjaga makan, berak kencing kucing atau
bau atau juga penyakit terutama asma.
Oleh itu bagi yang memang
suka kepada haiwan ini, terutama yang diambil dari tepi jalan, kedai,
atau adoption ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan :
1.
Perkara
pertama yang perlu dilakukan adalah mendapat persetujuan daripada ahli keluarga
yang lain.
2.
Jenis perumahan kawasan tempat tinggal. Ini
adalah penting bagi memelihara hubungan kita dengan jiran-jiran tetangga. Jadi jika rasa kucing –kucing tersebut perlu
dikurung di dalam sangkar atau rumah kucing yang sesuai dengan
bentuk rumah. Boleh dapatkan khidmat nasihat daripada yang pakar.
3.
Memastikan persekitaran yang selamat. Kucing adalah sejenis haiwan yang sangat peka
dengan bau dan suka sangat nak tahu benda-benda baru. Oleh itu perlu untuk memastikan bahan-bahan
yang beracun seperti racun tikus, racun rumput, atau pokok-pokok bunga
yang beracun perlu dielakkan.
4.
Bersedia untuk menerima hakikat perabot dan
perhiasan yang mudah pecah pasti akan berlaku jika kucing berada di dalam
rumah. Terutama apabila ada gengnya.
Kucing adalah adalah haiwan yang aktif pada waktu malam hingga ke pagi. Pada siang hari membuta je (cat nap). Juga
kadang-kadang bersedia untuk terbangun di tengah malam apabila mereka bermain
kejar mengejar sambil memijak kita yang sedang enak di ulam mimpi. Bagi yang tidur
satu bilik dengan mereka.
5.
Mengetahui sejarah kesihatan dan cara hidup kucing. Cuba selidik asal usul kucing yang dibela.
Jika diambil daripada orang atau
adoption centre boleh dapatkan umur, sejarah vaksinasi, sejarah sakit, kutu,
cacing atau mungkin sedang dalam rawatan. Kalau kucing jalanan boleh bawa ke
Vet yang berhampiran untuk mendapatkan tahap kesihatan dan beberapa maklumat
kucing tersebut.
6.
Persediaan peralatan dan ruang penjagaan. Peralatan wajib yang perlu ada adalah seperti
berikut :-
a.
Makanan yang sesuai. Perhatian bahawa
biskut-biskut yang biasa yang dijual dikedai-kedai adalah seperti makanan junk food. Kucing juga memerlukan makanan berat yang
lebih berzat. Sama ada makanan yang
dibeli atau dihasilkan sendiri oleh pemilik kucing. (Bergantung kepada budget pemilik).
b.
Bekas najis dan pasir najis
c.
Skop najis
d.
Tempat pencakar.
e.
Alat permainan seperti cat tree, atau permainan
yang boleh meransang kucing.
f.
Peralatan untuk memandikan atau
grooming kucing.
g.
Sangkar atau rumah kucing atau pagar.
h.
Pewangi
Panduan
asas ini bukanlah perkara yang wajib, tetapi adalah berdasarkan pengalaman
penulis dan perkongsian pelanggan-pelanggan kami yang sangat berminat dan
saying dengan kucing.
Alangkah
baiknya jika setiap rumah digalakkan untuk memelihara seekor kucing. Kerana kucing mereupakan
haiwan yang unik dapat memberi ketenteraman dan rezeki kepada pemiliknya.
SAYANGILAH
KUCING.
Jika ada anak-anak kecil yang
tiada belas kasihan kepada haiwan perlu disedarkan, kerana emosi tersebut boleh
memberi kesan di masa hadapan.
“Seorang
pembunuh tidak akan jadi pembunuh jika untuk membunuh haiwan pun tidak
sanggup.”
Harrah's Casino - MapyRO
ReplyDeleteCasino Name, Casino Size, Time, Address, 광명 출장안마 Phone number, Map of 서귀포 출장마사지 rooms, Total 평택 출장샵 gaming space 1511 W Flamingo 경산 출장샵 Rd, Springfield, FL 33320-7777, United 부천 출장안마 States