Saturday 8 November 2014

SIAPA KAMI...




Kucingshoppe adalah pengedar barangan barangan keperluan kucing yang beroperasi secara maya (online) yang telah bertapak lebih 2 tahun dalam memenuhi keperluan pemilik-pemilik kucing dan berkongsi ilmu-ilmu berkaitan dengan penjagaan dan pemeliharaan kucing serta fesyen-fesyen yang terkini bagi pemilik kucing untuk bergaya tanpa rasa segan dan kekok dengan fesyen-fesyen ekslusif dari jenama yang terkenal Henry Cats and Friends.  Selain itu rangkaian perniagaan Kucingshoppe bersama dengan vet-vet diseluruh negara dan persatuan kucing Malaysia membantu meninggkatkan pengetahuan kami berkaitan dengan memenuhi keperluan kucing.

Bagi memberikan keselesaan kepada pemilik kucing dan haiwan kesayangan mereka, kucingshoppe cuba untuk membantu mereka dengan menghasilkan sesuatu yang lebih anggun iaitu Laman Rumah Kucing.  Gabungan kepakaran di antara Kucingshoppe dengan Syarikat Rich Wood di Salak Perak, berjaya memenuhi isu pemilik kucing yang ingin memiliki rumah kucing idaman yang mana ianya berkaonsepkan rumah seni bina kayu yang disesuaikan dengan laman rumah sedia ada.

Syarikat Rich Wood yang terlibat lebih 10 tahun dalam bidang seni ukir kayu dan perabot mengeluarkan konsep rumah kucing berkonsepkan rumah melayu tradisonal berpandukan nasihat dan rekabentuk dari kucingshoppe bagi kesesuaian rumah kucing dengan gaya hidup kucing kesayangan.  Bengkel kayu kami yang terletak di Salak Kuala Kangsar mempunyai kemudahan-kemudahan peralatan dan mesin kayu serta terdiri daripada pekerja-pekerja yang berkemahiran dalam seni bina kayu.  Rumah kucing Kucingshoppe menggunakan kayu rumah lama yang dirawat semula dan menghasilkan jenis kayu yang matang, berkualiti, dan apa yang lebih penting ia adalah kayu yang tahan lama.

Hasil maklum balas dari pelanggan kami amat memberangsangkan.  Selain daripada dapat menyelesaikan masalah haiwan kesayangan, secara tidak langsung keindahan lanskap rumah menjadi lebih indah berbanding dengan kandang kucing yang biasa digunakan sebelum ini.  Rumah kucing menjadi titik fokus utama dalam pandangan laman rumah mereka dan ramai tetamu yang berasa kagum dengan konsep laman rumah kucing terbaru sama ada berkonsepkan tradisional mahu pun moden.

Laman rumah nampak lebih indah apabila gabungan lanskap sedia ada di masukkan unsur-unsur kayu yang tampak lebih natural dan segar.  Kebanyakan lanskap pada masa kini dengan konsep gazebo, wakaf dan pegola menjadi pilihan yang anggun bagi memenuhi laman rumah bagi menampakkan konsep natrual bali diserapkan dengan lanskap poko-pokok yang menghijau.

Kucingshoppe menyajikan perubahan yang lebih drastik iaitu dengan menggabungkan konsep laman kayu yang diindahi dengan unsur-unsur haiwan peliharan umpama sebuah taman kayu yang berkonsepkan pemeliharan haiwan peliharaan.


No comments:

Post a Comment