Friday 28 November 2014

MENGENALI KUCING ANDA

Anda perlu tahu dan mengenali sifat dan tingkah laku kucing sebelum anda menjadikannya sebagai keluarga angkat anda di rumah.

Kucing adalah jenis karnivor, dan merupakan spesis atau keluarga yang sama seperti harimau dan singa.  Bezanya adalah dari segi saiznya dan ia lebih manja berbanding spesis keluarganya yang lain.

Kucing merupakan pemburu yang cekap memburu mangsanya dan tidak hairanlah ianya dikategorikan sebagai predator kerana ia memburu mangsanya yang terdiri daripada kebiasaannya haiwan pemusnah seperti tikus, lipas, cicak dan ular.

Secara umumnya anda boleh mengenali jantina bagi kucing iaitu melalui warna bulu dan rangka badannya.  Kebiasaannya kucing yang mempunyai bulu yang bewarna 1 atau 2 tona warna adalah kucing jantan.  Kucing betina pula kebiasaannya mempunyai 3 tona warna.  Warna pada bulu kucing menentukan ianya  sama ada ianya kategori telon atau calico, tortoiseshell, tabby, maltese dan bicolor.

Sifat territories kucing menjadikan ianya haiwan yang mempunyai daerah kawasanya sendiri.  Kucing jantan biasanya akan membuat batu sempadan daerah teritorinya melalui urinnya.  Oleh itu Pemilik perlu tahu bahawa kucing jantan yang tidak dimandulkan akan melepaskan urinnya ditempat-tempat yang dirasakan adalah daerah yang dikuasainya.

Kehangatan menjadi dambaan kepada kebanyakan kucing. Kebanyakan kucing suka dengan kehangatan cahaya matahari dan akan berguling-guling di atas pasir.  Selain itu jika anda menyediakan tempat yang luas untuk tempat tidurnya, ia akan memilih tempat yang lebih sempit, bagi mengekalkan suhu badannya.

Kucing anda boleh melihat dalam keadaan cahaya yang amat terang.  Tetapi apabila sedikit cahaya peranan tadi diambil alih oleh misainya.  Misainya akan mengesan arah dan pergerakan persekitarannya.  Oleh itu pastikan anda tidak memotong misai kucing anda.  Kerana jika itu berlaku, kemungkinan kucing anda tidak menemui jalan pulang apabila ia bergerak pada waktu malam dan menjadikan dirinya dalam keadaan yang bahaya.


Bersambung….

Sunday 16 November 2014

5 Tip Berkesan Mandikan Kucing Anda

5 Tip Berkesan Untuk Memandikan Kucing Kesayangan

------------------------------------------------------------------------------------------
Tip 1 :  Pastikan kuku Meow telah dipotong.
--------------------------------------------------------------------------------

Pasti ada di kalangan anda ada yang rasa susah nak mandikan kucing kesayangan. Ditambah pula kucing yang tak suka air.  Cakaran kucing boleh menyebabkan kecederaan yang menyebabkan jangkitan pada luka cakaran tersebut.


Rahsia jadikan kucing anda berbulu cantik dan gebu.











-------------------------------------------------------------
Tip 2 :  Mandikan di dalam bilik air dan tutup pintu.
-------------------------------------------------------------

Bagi pemilik kucing yang baru pertama kali memandikan kucing, pasti akan terkejut kekelam kabutan kucing kesayangan anda seperti penyakit gila babi.  Kucing akan meronta-ronta dan cuba untuk berlari keluar.



Rahsia jadikan kucing anda berbulu cantik dan gebu.








-------------------------------------------------------------
Tip 3 :  Jangan siram air pada kawasan muka.  Rendam atau siram sedikit demi sedikit.
-------------------------------------------------------------

Kucing yang tidak suka mandi akan menggelupur apabila air atau shampoo di siram atau rendam pada bahagian badan tertentu.  Mereka merasakan keselamatan diri mereka telah dicerobohi.




Rahsia jadikan kucing anda berbulu cantik dan gebu.














----------------------------------------------------------------------
Tip 4 :  Pegang pada bahagian atas leher
----------------------------------------------------------------------

Kucing yang agak susah untuk dikawal akan cuba untuk melepaskan diri dan cuba untuk memusingkan kepalanya dan menggigit.  Mereka akan menggunakan segala kekuatan yang ada untuk melepaskan diri daripada pegangan kita.




Rahsia jadikan kucing anda berbulu cantik dan gebu.







---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tip 5 :  Pastikan badan Meow dikeringkan terlebih dahulu.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Kucing perlukan keselesaan dengan mengekalkan suhu badan yang sesuai.  Jika tidak kucing boleh demam dan menjadikan mereka fobia untuk dimandikan sekali lagi.



Rahsia jadikan kucing anda berbulu cantik dan gebu.













Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan JUSZ SPRAY bagi menjimatkan masa dan tenaga anda serta selamat.

Saturday 15 November 2014

Kucingku

Kucing admin kebayakannya sama je perangai, bagi yang tinggal dalam rumah.

Kalau datang perangai huduh dia, rasa macam nak pelempang, kalau datang pulak perangai manja, siap cium cium gi.. menjilat usah kata la.

Suka sangat buat muka sedih, nak minta keluar rumah. Bukan tak mau bagi. Bila bagi keluar nanti JPAM le mangsa kena panggil, sebab suka sangat panjat bumbung jiran lepas tu takut nak turun.

Kalau pakai tali tambat, kejab je lepas nampak terbaring, sebab tali tu dah tersimpul seluruh badan.

Kalau nak makan biskut kena tipu sikit. Bagi nampak macam tambah biskut baru, baru nak jamah.

Kalau malam tak sah kalau tak berlari dan pijak warga rumah yang sedang tidur. Masa tu rasa nak pang guna bantal peluk je. Tapi pandai belakon. Buat muka kiut..

Pernah sekali admin kena tamparan 7 petala langit kat bahagian muka. Tetiba je rasa pedih je. Lepas tu tidur malam muka tutup sengan bantal.

Dendanya tido dalam bilik air, sampai perangai berubah.. hehehe. Kejab je. Dua tiga hari lepas tu buat balik perangai.

Kalau main dengan kucing admin, bibir admin mesti luka, sebab admin suka bergusti denga mereka sampai mengetap bibir.

Rasanya tu le satu faktor mengapa kucing admin kurang ajau sikit. Sebab selalu berguati kut.

Daripada kajian admin kemenjadian perangai kucing ni akan terbentuk hasil daripada perangai tuannya juga.

Ye ke....?

Tuesday 11 November 2014

MENTAFSIR BAHASA BADAN KUCING 1


Tahukah anda bahawa kucing anda hendak bercakap kepada anda, tetapi anda buat tak tahu.  Biasanya anda nampak comel je kucing anda dan cubalah belajar bahasa badan mereka. Anda tahu apa yang kucing anda perlukan.

Bahasa kucing berdasarkan kepada muka.


  • Telinga naik ke atas dan mengarah ke hadapan : Sedang bersedia dalam keadaan yang meragukan.

  • Telinga ke depan dan sedikit ke luar: Sedang dalam keadaan selesa tetapi keadaan berjaga-jaga.

  • Telinga ke atas dan mengarah ke belakang: Sedang dalam keadaan marah, yakin dan bersedia untuk bertindak.

  • Telinga ditarik kebelakang, bertentangan dengan kepala : Dalam keadaan mempertahankan diri.

  • Telinga ke bawah dan ke tepi : Bermaksud tunduk dan patuh.

  • Mata berkelip secara perlahan-lahan : Dalam keadaan releks, damai dan tenang.

  • Anak mata hitam membesar : Sedang ketakutan atau marah dan ketakutan atau gembira.

  • Anak mata mengecil : Sangat yakin dan keadaan berjaga-jaga.

  • Misai ke hadapan :  Sedang dalam keadaan sangat berminat.

  • Misai ke belakang :  Sedang dalam keadaan cemas atau ketakutan.

Monday 10 November 2014

Kucingku, kucing jalanan...

Tip 1 :  Membawa kucing menjadi ahli keluarga.

Orang dulu-dulu kata, kalau orang yang suka kepada kucing adalah seorang yang romantik dan baik hati.  Oleh itu ramai yang suka dengan kucing fan ramai juga yang tidak suka.

Tetapi tak perlu gaduh-gaduh tentang suka atau tidak suka ni.  Tetapi yang biasamenjadi masalah atau isu adalah dalam satu rumah,a ada2 golongan ini suka dan tidak suka..



Golongan yangsuka mungkin rasa kucing comel dan golongan yangtidak suka mungkin menganggap kucing tu comel juga Cuma mungkin geli, remeh untuk menjaga makan, berak kencing kucing atau  bau atau juga penyakit terutama asma.





Oleh itu bagi yang memang  suka kepada haiwan ini, terutama yang diambil dari tepi jalan, kedai, atau adoption ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan :

1.      Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mendapat persetujuan daripada ahli keluarga yang lain.

2.     Jenis perumahan kawasan tempat tinggal. Ini adalah penting bagi memelihara hubungan kita dengan jiran-jiran tetangga.  Jadi jika rasa kucing –kucing tersebut perlu dikurung di dalam sangkar atau rumah kucing yang sesuai dengan bentuk rumah. Boleh dapatkan khidmat nasihat daripada yang pakar.

3.     Memastikan persekitaran yang selamat.  Kucing adalah sejenis haiwan yang sangat peka dengan bau dan suka sangat nak tahu benda-benda baru.  Oleh itu perlu untuk memastikan bahan-bahan yang beracun seperti racun tikus, racun rumput, atau pokok-pokok bunga yang beracun perlu dielakkan.

4.     Bersedia untuk menerima hakikat perabot dan perhiasan yang mudah pecah pasti akan berlaku jika kucing berada di dalam rumah.  Terutama apabila ada gengnya. Kucing adalah adalah haiwan yang aktif pada waktu malam hingga ke pagi.  Pada siang hari membuta je (cat nap). Juga kadang-kadang bersedia untuk terbangun di tengah malam apabila mereka bermain kejar mengejar sambil memijak kita yang sedang enak di ulam mimpi. Bagi yang tidur satu bilik dengan mereka.

5.     Mengetahui sejarah kesihatan dan cara hidup kucing.  Cuba selidik asal usul kucing yang dibela. Jika diambil daripada orang  atau adoption centre boleh dapatkan umur, sejarah vaksinasi, sejarah sakit, kutu, cacing atau mungkin sedang dalam rawatan. Kalau kucing jalanan boleh bawa ke Vet yang berhampiran untuk mendapatkan tahap kesihatan dan beberapa maklumat kucing tersebut.

6.     Persediaan peralatan dan ruang penjagaan.  Peralatan wajib yang perlu ada adalah seperti berikut :-

a.     Makanan yang sesuai. Perhatian bahawa biskut-biskut yang biasa yang dijual dikedai-kedai adalah seperti makanan junk food.  Kucing juga memerlukan makanan berat yang lebih berzat.  Sama ada makanan yang dibeli atau dihasilkan sendiri oleh pemilik kucing.  (Bergantung kepada budget pemilik).

b.     Bekas najis dan pasir najis

c.     Skop najis

d.     Tempat pencakar.

e.     Alat permainan seperti cat tree, atau permainan yang boleh meransang kucing.

f.      Peralatan untuk memandikan atau grooming kucing. 


g.     Sangkar atau rumah kucing atau pagar.

h.     Pewangi 





Panduan asas ini bukanlah perkara yang wajib, tetapi adalah berdasarkan pengalaman penulis dan perkongsian pelanggan-pelanggan kami yang sangat berminat dan saying dengan kucing.

Alangkah baiknya jika setiap rumah digalakkan untuk memelihara  seekor kucing. Kerana kucing mereupakan haiwan yang unik dapat memberi ketenteraman dan rezeki kepada pemiliknya.

SAYANGILAH KUCING.  

Jika ada anak-anak kecil yang tiada belas kasihan kepada haiwan perlu disedarkan, kerana emosi tersebut boleh memberi kesan di masa hadapan. 


“Seorang pembunuh tidak akan jadi pembunuh jika untuk membunuh haiwan pun tidak sanggup.”